Azizan Baba Kapten Rasmi Skuad Penang FA musim 2014

Picture
Photo : Arena Penang FA

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Azizan Baba Kapten Rasmi Skuad Penang FA musim 2014


Azizan Baba Kapten Rasmi Pulau Pinang Tahun 2014

Mohd Azizan Bin Baba (lahir 9 September 1981 di Perak) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia dan kini bermain untuk pasukan Melaka United di Liga FAM untuk musim 2015. Kerjaya

Azizan menyertai skuad Liga Perdana Malaysia, Pulau Pinang FA untuk musim 2014, dimana beliau bermain sebagai kapten pasukan.[1] Sebelum ini, Azizan bermain untuk pasukan Sarawak dari tahun 2012 sehingga 2013.

Juga pernah bermain untuk pasukan Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka.

Azizan Baba terkejut disahkan hidap kanser

Bekas penyerang Perak, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, Azizan Baba terkejut derita hematoma di paha kiri yang dialaminya kini disahkan melarat sebagai kanser.

Dia yang baru sahaja menjalani pembedahan sebanyak dua kali di sebuah hospital swasta di sini dan dalam proses pemulihan bagaimanapun diberitahu mengidap kanser oleh pihak hospital semalam.

Katanya, sebelum ini proses pembedahan yang dilakukan amat sakit, namun doktor melakukan yang terbaik bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Menurutnya, dia yang terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di Hospital Melaka Disember lalu sememangnya tidak menduga kecederaan hamstring yang dialami pada Ogos 2020 menyebabkan serangan hematoma.

"Selepas pembedahan doktor memberitahu kemungkinan besar beralih kepada kanser dengan perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut.

"Walaupun saya tidak mahu memikirkan perkara terbabit kerana apa yang penting saya kembali pulih daripada pembedahan dan penderitaan ini, bagaimanapun terkejut dengan berita yang disahkan semalam," katanya. Menurutnya, dia terpaksa berulang alik bagi menjimatkan kos selepas perbelanjaan mencecah RM28,000 walaupun pada awalnya jangkaan kira-kira RM20,000 sahaja.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang termasuk bekas pemain Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan semua bagi menampung kos rawatan sebelum ini.


"Malah tiga bekas pengurus dan pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak menjadi penyumbang terbesar bagi membolehkan pembedahan dapat direalisasikan," katanya.

Picture
Azizan disahkan mengidap kanser. - Foto Azizan Baba

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin membantu bekas pemain terbabit boleh melakukan demikian di nombor akaun Maybank 154026372544 (Azizan Baba).

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.