Perginya suara emas Pengulas Sukan Bola Sepak Terkemuka Negara Datuk Haji Hasbullah Awang

Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon sukan serta suara emas Datuk Haji Hasbullah Awang yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Perginya suara emas Datuk Haji Hasbullah Awang

Mengikut maklumat yang diterima dari sahabat seangkatannya Rizal Hashim, Allahyarham menghembus nafas terakhirnya di IJN kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.


Jenazah dijangka dibawa pulang jam 3 petang ini sebelum disemadikan selewatnya awal pagi esok.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak yang bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian sukan Astro Arena sejak Januari 2014 memulakan kariernya sebagai juruhebah radio di Radio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhijrah menjadi pengulas sukan terkemuka tanah air.


Nama Dato' Haji Hasbullah Awang sememangnya sudah sinonim dengan arena sukan tanah air kerana sering saja suaranya menjadi peneman peminat sukan tanah air yang menonton acara sukan yang sedang berlangsung di kaca televisyen. Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Boleh dikatakan, hampir kesemua peminat sukan tanah air tertarik dengan cara penyampaiannya yang berinformasi termasuk latar belakang keluarga atlet.

 Jika ditanya siapakah pengulas sukan yang diminati, pasti nama Datuk Haji Hasbullah Awang akan menjadi sebutan.

Picture
Gambar terkini Allahyarham

Satu kehilangan yang amat besar buat negara apabila seorang tokoh pengulas sukan yang paling berpengaruh di negara ini pergi mengadap Illahi. Dato' Haji Hasbullah Awang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan atas masaalah kompilasi jantung.

Pasti ramai yang amat terkesan di atas pemergian Almarhum. Tiada lagi kedengaran satu suara yang amat sinonim sejak dari zaman kita kecil dulu lagi mengulas pelbagai jenis sukan dengan amat bersahaja dan membuatkan ianya jadi begitu menarik untuk ditonton.

Negara bukan sahaja kehilangan seorang individu yang amat sinonim sebagai pengulas sukan yang versetail mampu mengeluas walau apa sukan sekalipun, malah turut kehilangan individu yang amat sinonim sebagai suara mewakili rakyat Malaysia sejak sekian lama lagi.


Semoga roh'nya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.