Persatuan Bola Sepak Malaysia beri Fritz Schmid tempoh setahun buktikan - Presiden FAM

Kickbola.net FAM beri Fritz Schmid tempoh setahun buktikan - Tengku Abdullah
FAM beri Fritz Schmid tempoh setahun buktikan - Tengku Abdullah

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Fritz Schmid diberi kata dua agar membuktikan kemampuannya atau berdepan kemungkinan digugurkan.


Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata badan induk akan memantau rapi prestasi yang ditunjukkan oleh warga Switzerland itu sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap beliau.

"Kita akan beri dia peluang setahun lagi sebelum kita memutuskan sebarang keputusan dan tindakan ke atasnya.

"Sekiranya dia gagal menyerlah kita tidak akan teragak-agak gugurkan dia. Schmid hanya seorang Pengarah Teknikal, tidak lebih daripada itu," kata baginda kepada pemberita selepas majlis pelancaran pembukaan Mahkota Golf and Country Club, di sini hari ini.

Tengku Abdullah berkata FAM akan menggugurkan sesiapa sahaja yang gagal membawa sebarang pembaharuan dan kejayaan kepada sukan bola sepak negara termasuk jawatan Presiden FAM itu sendiri.

Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Saleh (tengah) bersama Pengarah Teknikal FAM, Fritz Schmid (kiri) ketika menyaksikan perlawanan persahabatan antara Harimau Muda menentang Pakistan di Stadium UiTM, Shah Alam hari ini. - Foto Muhammad Sulaiman
Sebelum ini akhbar melaporkan banyak pihak mempertikai kredibiliti Schmid, 56, yang dikatakan 'malas turun padang' dan gagal membuktikan sebarang kejayaan memberangsangkan bagi skuad bola sepak negara.

Schmid memiliki sijil kejurulatihan profesional Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan FAM tahun lalu.

Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang itu mahu skuad Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mewakili negara pada saingan Piala AFC terus mencipta keputusan terbaik pada kejohanan berkenaan.

Baginda mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya menewaskan kelab Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar, dalam perlawanan Kumpulan C Selasa lalu.

Selain itu, baginda juga mengucapkan tahniah kepada JDT yang menewaskan kelab dari India, East Bengal 4-1 dalam saingan Kumpulan F di Stadium Larkin, Johor Baharu pada hari yang sama.

"Pencapaian membanggakan dilakarkan dua pasukan berkenaan selaku juara Piala Malaysia dan Liga Super musim lepas berupaya mengubah imej bola sepak negara di pentas antarabangsa.

"Peluang yang terhidang perlu digunakan sepenuhnya oleh pasukan berkenaan untuk membuktikan kelebihan yang mereka miliki di peringkat kebangsaan seterusnya ke pentas antarabangsa," kata baginda. - BERNAMA

Share on Google Plus

Tentang ObsesBola

Ex Gilfriend Christiano Ronaldo, sedang berusaha memenangi hati Gareth Bale, bukan kerabat Paris Hilton, penulis bertauliah..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment