Tahniah! Skuad B22 Malaysia juara Piala Emas Bangabandhu

Skuad B22 negara juara Piala Emas Bangabandhu - SKUAD Harimau Muda Bawah 22 meraikan kemenangan bersama Piala Emas Bangabandhu ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam ini. Skuad Harimau Muda berjaya menewaskan pasukan tuan rumah 3-2 pada perlawanan akhir Piala Emas Bangabandhu 2015, di Stadium Bangabandhu, Dhaka, Bangladesh.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Skuad bawah 22 tahun negara dinobat juara Piala Emas Bangabandhu 2015 selepas membenam tuan rumah Bangladesh di aksi final dengan jaringan 3-2 yang berlangsung di Stadium Negara Bangabandhu, Dhaka.

KESEBELASAN UTAMA:

Malaysia B-22: Farhan (GK) Annas, Farhan, Nazirul (c) Syawal, Nor, Syazwan, Faizat, Nizam, Hisyam, Kumaahran


Bangladesh: Alam (GK) Hasan, Chowdhury, Buyan, Khan, Hosain, Mamun (c) Y. Chowdhury, Rana, Ameli, Raju

Sebelum ini, Malaysia dan Bangladesh sudah pun bertemu ketika di saingan peringkat kumpulan dimana skuad negara menang melalui jaringan tunggal Syazwan Andik.

Anak buah Razip Ismail bermula baik sebaik tiupan wisel sepak mula dibunyikan.

Tiada sebarang jaringan dihasilkan sehinggalah pada minit ke 30 apabila bekas pemain pertahanan FC Ryukyu Nazirul Naim membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke 30.

Selang 10 minit selepas itu, Malaysia berada didepan 2-0 menerusi jaringan S. Kumaahran.

Bermula babak kedua, Bangladesh memperkemaskan permainan mereka dan berjaya meledak gol pertama pasukan menerusi Jahed Ameli pada minit ke 49.


Tersentak dengan jaringan itu anak buah Razip Ismail cuba bangkit mengawal permainan namun gagal.

Kegagalan itu segera dihukum Bangladesh yang berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke 54.

Perlawanan dilihat akan membawa ke masa tambahan apabila keputusan kekal 2-2 hingga minit ke 90.


Walaubagaimanapun, jaringan Muhammad Faizat Ghazli pada minit ke 92 memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.