Mohammad Faisal Abdul Halim bintang baru bolasepak Malaysia dalam pembikinan

Kickbola.net Mohd Faisal Abdul Halim Penyerang - Hebat dalam mengelecek bola jadi kebanggaan Pulau Pinang FA - Harimau Kumbang
FAISAL JADI KEBANGGAAN HARIMAU KUMBANG

Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim menjadi tumpuan penyokong setelah mempamerkan aksi hebat biarpun hanya berumur 17 tahun ketika aksi Piala Presiden.

Pemain termuda Piala Malaysia yang mencuri tumpuan malam ini ialah Mohd Faisal dari pasukan Pulau Pinang. Bekas peserta program realiti mencari Ramli.


Skillful, laju dan rembatan padu yang hampir memberikan gol kepada pasukan pulau pinang. Bulan lalu beliau menjaringkan gol pertama dan merupakan pemain termuda dalam kejohanan Piala Malaysia.

Kami berpendapat beliau ialah bintang baru bolasepak Malaysia yang dalam pembikinan.

Namun Faisal tidak gentar berdepan apa-apa cabaran biarpun berasaskan fizikal yang kecil berbanding pemain lain.

Mohd Faisal Abd Halim. Anak muda dari Mengkuang Titi, Bukit Mertajam yang bakal menggegarkan arena bolasepak Malaysia satu hari nanti.

Diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan senior. Faisal nyata tidak menghampakan apabila berjaya menyumbat gol dalam debut pertama beliau bersama pasukan senior.


Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi. Kami yakin anda mampu berada didalam kesebelasan utama nanti.


“Idola saya Cristiano Ronaldo tapi walaupun saya kecil, saya akan bagi aksi yang terbaik. Saya berazam untuk bermain dalam skuad senior Pulau Pinang dalam masa dua tahun lagi.” kata penyerang itu.

Berasa terkilan kerana gagal membantu Pulau Pinang muncul juara kali kedua, Faisal meminta maaf buat penyokong Harimau Kumbang yang hadir ke stadium.


“Kami ada beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat dihasilkan kerana kami hilang fokus”


Walaupun skuad Harimau Kumbang tewas menentang Kelantan dalam aksi Piala Presiden, kelincahan Faisal jelas mempesonakan dengan larian pantas, kawalan bola dan skil yang menakjubkan.

Share on Google Plus

Tentang ObsesBola

Ex Gilfriend Christiano Ronaldo, sedang berusaha memenangi hati Gareth Bale, bukan kerabat Paris Hilton, penulis bertauliah..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment