JDT penuh bergaya memperkenalkan jersi terbaru tajaan adidas

Kickbola.net Pergghh! Inilah Jersi Baru JDT Untuk Musim 2016
JDT memperkenalkan jersi terbaru

Johor Darul Takzim (JDT) memperkenalkan jersi jenama Adidas terbaru mereka melalui iklan yang menarik menampilkan pemain dan pemilik pasukan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Iklan yang berdurasi 3.08s yang boleh didapati di laman Facebook Johor Southern Tigers, menampilkan pemain The Southern Tigers yang memakai jersi latihan mereka berlatar belakangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan beberapa mercu tanda lain.

Turut membuat penampilan, pengendali Mario Gomez dan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ini kali pertama, jersi sesebuah pasukan dipersembahkan dalam bentuk iklan yang sememangnya menarik perhatian.

JERSI JDT 2016
JERSI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM 2016-----2016 JOHOR DARUL TA'ZIM FOOTBALL CLUB JERSEYHidup Johor Demi Johor#BerjuangBersamaKami
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 16, 2016

JDT, Kelab Pertama, Ditaja Jenama Antarabangsa Adidas.


Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim, JDT bakal menyarung jersi jenama sukan terkemuka, ADIDAS bagi mengharungi kempen musim ini.

Tiga kit diperkenalkan dengan warna utama biru, manakala merah untuk aksi tempat lawan dan warna putih pula jersi alternate sekali gus membuka lembaran baharu pasukan gergasi selatan apabila menjadi kelab pertama ditaja jenama antarabangsa itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.