Matlan Marjan diberi pengampunan oleh FAM

Kickbola.netSesi dialog Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan penyokong bola sepak tanah air telah berjalan dengan begitu lancar. .
Matlan diberi pengampunan oleh FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipimpin presiden baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah memberi pengampunan kepada bekas pemain kebangsaan, Matlan Marjan serta lima lagi pemain Sabah, hari ini.


Tunku Ismail bersama exco FAM telah hadir ke Sabah bagi sesi bertemu penyokong bola sepak dan mengumumkan keputusan itu setelah berakhirnya mesyuarat exco.

Pengampunan itu sekaligus membenarkan keenam-enam individu itu kembali terlibat dengan aktiviti berkaitan bola sepak.


Matlan telah digantung seumur hidup oleh FAM kerana terlibat dalam skandal rasuah yang menggegar bola sepak negara pada era 90-an.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat sulung EXCO FAM bagi sesi 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah 

Selain Matlan, lima pemain Sabah lain yang turut diberi pengampunan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.