Nelo Vingada ganti Ong Kim Swee - FAM

Kickbola.net 'The Professor' Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada ganti Datuk Ong Kim Swee - FAM | JAWATAN terakhir Nelo Vingada adalah sebagai ketua jurulatih kelab North East United FC dalam saingan Liga Super India.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



'The Professor' Nelo Vingada ganti Kim Swee - FAM

Selepas hampir sebulan berteka-teki, akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Dikenali dengan nama timangan 'The Professor' kerana kaedah pengurusannya, Vingada bakal berdepan ujian sukar mengemudi skuad negara menghadapi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini.

Vingada, 64, atau nama penuhnya Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada yang akan memulakan tugas pada 25 Mei ini, berkata menjadi satu penghargaan besar buatnya untuk dilantik ke jawatan terbabit.

NELO Vingada jurulatih baharu Harimau Malaya. Sumber FAM Jawatan terakhir beliau adalah sebagai ketua jurulatih kelab North East United FC dalam saingan Liga Super India.

"Saya mahu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana banyak berhubung dengan saya dan bertemu dengan saya di Johor baru-baru ini.

"Menjadi satu penghargaan kepada saya untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

"Banyak kerja perlu dilakukan segera dan saya sudah tidak sabar untuk memulakannya," kata Vingada yang mempunyai pengalaman luas selama 35 tahun dalam bidang pengurusan.

Kali terakhir Malaysia menggunakan khidmat jurulatih import pada tahun 2004 iaitu Bertalan Bicskei dari Hungary.
Akhirnya segala persoalan mengenai siapa ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysai terjawab selepas pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan yang baru.

Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada akan menggalas tugas pertamanya untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun.

Beliau yang digelar sebagai 'The Professor' oleh kerana kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, kedua-dua mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu FIFA Bawah 20 Piala Dunia pada tahun 1989 dan 1991.


Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.

Vingada, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di rantau Asia. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).

Selain itu, beliau mempunya pengalaman yang begitu luas di mana  pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut.


Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff') Liga Super India.

Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan memulakan kerjasama dengan para pemain. -

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.