Dion Cools tidak rela melepaskan kariernya di Club Brugge KV

Kickbola.netDion Cools tidak rela melepaskan kariernya di Eropah demi Malaysia.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Cools berhasrat teruskan karier di Eropah


"Beri saya peluang mengembangkan karier di Eropah terlebih dahulu," itu reaksi pemain pertahanan kelab Belgium, Club Brugge, Dion Cools, yang memiliki darah campuran Malaysia-Belgium ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk membantu skuad bola sepak Malaysia dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Cools tidak rela melepaskan kariernya di Eropah meskipun skuad negara kelahirannya, Malaysia, amat memerlukan pemain yang memiliki kredibiliti sepertinya.

Dia pernah dilamar sebuah pasukan daripada Liga Super Malaysia sebelum ini menerusi kelab naungan terkininya, Brugge KV.


Bagaimanapun, pemain berdarah campuran Sarawak itu terpaksa menolak tawaran itu demi perkembangan kariernya di Eropah.



"Saya menerima banyak pelawaan daripada peminat di laman sosial, Facebook.

"Saya tidak boleh memberikan jawapan buat masa ini kerana saya masih muda dan ingin beraksi dengan kelab profesional tertinggi.

"Saya berada di landasan tepat ketika ini dan perlu terus berusaha.

"Mungkin pada suatu hari nanti (saya akan menyahut tawaran di Malaysia)," katanya.

Tegas Cools, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sudah memiliki nombor untuk menghubunginya, namun sehingga ke saat ini masih tiada sebarang panggilan daripada FAM untuk membuktikan mereka serius dalam menghulurkan tawaran.

"FAM tahu bagaimana untuk menghubungi saya, sama ada menerusi ibu atau ejen saya.


"Tetapi ketika ini, saya ingin meneruskan karier di peringkat tertinggi.


"Mungkin saya akan ke Malaysia pada masa depan, namun saya selesa dengan perkembangan semasa."

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.