Malaysia pukau Myanmar 3-1

Kickbola.net Malaysia 3 (Thanabalan m33, 82; Safawi m35) Myanmar 1 (Than Paing m86) .
Keputusan aksi Malaysia lawan Myanmar

Anak buah Kim Swee pukau Myanmar

Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berkongsi sembilan mata dengan Myanmar yang berada di tangga teratas Kumpulan A.

Malaysia bermula sedikit perlahan dengan Myanmar terlebih dahulu menguji kubu pertahanan negara menerusi percubaan Aung Thu yang hanya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol.


Bagaimanapun, selepas 25 minit perlawanan, Malaysia dilihat sudah mula menemui rentak dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya terutama sepakan percuma menarik Irfan Zakarian namun ditepis penjaga gol, Sann Sat Naing.

N Thanabalan menceriakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya apabila menampan masuk bola sepakan Matthew Davies pada minit ke-34.

Hanya seminit selepas itu, Stadium Shah Alam terus gamat dengan sorakan penyokong Harimau Malaya apabila Safawi Rasid meledak gol kedua Malaysia selepas menanduk masuk bola hantaran S Kumaahran.


SAFAWI Rasid (kanan) meraikan jaringan di hadapan ribuan penyokong Malaysia ketika menewaskan Myanmar dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA KL2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Hairul Anuar Rahim


Myanmar cuba bangkit memburu gol penyamaan sebaik bersambung babak kedua tetapi gagal menemui penyudah termasuk rembatan Si Thu Aung dari luar kotak penalti pada minit ke-55 yang melepasi palang gol.

Thanabalan hampir meledak gol kedua peribadi pada perlawanan itu, namun rembatan derasnya pada minit ke-59 berjaya diselamatkan Sat Naing.

Lapan minit sebelum tamat permainan, Thanabalan akhirnya menebus kekecewaan itu apabila menanduk masuk bola hantaran silang Muhammad Jafri Firdaus Chew untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0.

Myanmar akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian, Than Paing namun sudah terlambat untuk mereka sekurang-kurangnya mendapatkan keputusan seri.


Share on Google Plus

Tentang ObsesBola

Ex Gilfriend Christiano Ronaldo, sedang berusaha memenangi hati Gareth Bale, bukan kerabat Paris Hilton, penulis bertauliah..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment