Demo Permainan FIFA 18 Sudah Boleh Dimuat Turun

Kickbola.netDemo untuk FIFA 18 sudah dilancarkan, penantian kini sudah berakhir. .
FIFA 18 bakal dilancarkan pada akhir bulan September

FIFA 18: Demo Sudah Boleh Dimuat Turun, Pasukan Mana Yang Menjadi Pilihan?


Bila Demo Ini Dilancarkan?


Demo untuk FIFA 18 sudah dilancarkan pada hari ini (13/09/2017) , tepat pada pukul 12.00 AM

Demo ini boleh dimuat turun daripada kedai runcit digital anda iaitu Origin, PSN Store dan Xbox Live Marketplace.

Cepat muat turun sekarang!

Nuffnang Ads

Demo ini akan mempunyai saiz kapasiti sebanyak 7.3GB – agak besar, dan masa untuk muat turun kemungkinan sekurang-kurangnya 1-2 jam, bergantung kepada talian internet apa yang sedang anda gunakan.

Jika anda tidak mempunyai kapasiti simpanan lagi, anda mungkin berminat untuk membeli cakera keras keluaran Seagate ini.

Jika anda masih lagi ragu-ragu untuk membuat keputusan untuk talian internet fiber di rumah anda, anda mungkin ingin membaca ulasan tentang kebaikan dan keburukan internet fiber di Malaysia ini.


Saya Mempunyai Nintendo Switch, Bagaimana Saya Hendak Memuat Turun Demo Ini?


Tidak akan ada demo FIFA 18 untuk Nintendo Switch.

Pengguna Nintendo Switch harus menunggu untuk tarikh 29 September ini untuk memuat turun versi penuh permainan ini.


Bagaimana Saya Mahu Memuat Turun Daripada Xbox, PS4 dan PC?


Demo ini boleh dimuat turun daripada Origin, PSN Store dan Xbox Live. Ianya akan dikategorikan sebagai ‘Featured’ jadi sepatutnya ianya sangat mudah untuk dicari.

Jika ada sebarang isu, guna fungsi ruangan ‘search’ dan taip ‘FIFA 18 demo’.

Apabila sudah dijumpa, klik ‘download’ dan proses muat turun akan bermula.

Pasukan Apa Yang Akan Ada Di Dalam Demo Ini?


Anda boleh bermain untuk beberapa pasukan seperti Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Bayern Munich, Chelsea, PSG dan Juventus.

Di bawah ialah senarai lengkap pasukan yang boleh dimainkan:

    Manchester City
    Manchester United
    Chelsea
    Real Madrid
    Atletico Madrid
    Juventus
    Bayern Munich
    PSG
    LA Galaxy
    Toronto FC

Bila Pra Pesanan FIFA 18 Akan Bermula?


Pra pesanan FIFA 18 juga sudah dilancarkan sekarang.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.