Oscar Mayo Pardo bantu Liga Malaysia 2018

Kickbola.net PENGERUSI FMLLP, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tiga dari kanan) bersama Pengarah Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) kedua-dua pihak di Hotel Thistle, hari ini.
La Liga bantu tingkatkan kualiti Liga M

JOHOR BAHRU: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) melakar sejarah apabila memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama La Liga Sepanyol, hari ini dalam usaha meningkatkan lagi kualiti Liga Malaysia (Liga M).

MoU tiga tahun itu ditandatangani Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala La Liga diwakili Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Oscar Mayo Pardo.

Tunku Ismail berkata, perbincangan bagi merealisasikan kerjasama berkenaan hanya memakan masa empat bulan, malah ia satu penghormatan kepada bola sepak negara kerana MOU itu yang pertama di rantau Asia Tenggara dan kedua di Asia selepas Jepun.

"Kami mengadakan perbincangan empat bulan lalu. Sudah tentu jika anda berbincang dengan organisasi yang terkenal seperti La Liga, mereka akan menilai kemampuan kita mengendali liga tempatan.

"Apabila mereka nampak ke mana matlamat kita dan di mana kita hendak berada dan apa yang kita nak perbaiki, maka mereka tampil untuk membantu dan sudah tentu kami menerima dengan hati terbuka bagi membangunkan bola sepak negara.

"Tiada pembabitan kos dalam perjanjian berkenaan dan mereka bersedia membantu kita malah menyediakan pelan pembangunan (blue print) selama 50 tahun dan ia agenda pertama dalam perjanjian tiga tahun berkenaan," katanya.


Turut hadir, Ivan Codina, Pengarah Urusan La Liga Asia Tenggara, Australia, Jepun dan Korea Selatan, Ivan Codina, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam dan Naib Presiden FAM, Datuk Abdul Ghani Hassan.

Tunku Ismail berkata, kerjasama dengan La Liga Sepanyol itu diyakini amat bermanfaat kerana FMLLP boleh belajar cara pengurusan liga dilaksanakan dengan lebih profesional selain memberi tumpuan untuk memasarkan liga di rantau Asia Tenggara.

"Kita organisasi yang masih muda lagi, jadi kita perlu belajar dengan mereka yang berpengalaman dan saya rasa La Liga adalah paling sesuai untuk kita berkolaborasi bukan sahaja dari aspek pemasaran tetapi kualiti permainan bola sepak.

"Saya tidak akan memegang jawatan selamanya dan niat saya ikhlas untuk memajukan bola sepak tanah air dan siapa sahaja yang akan memegang jawatan Presiden FAM atau Pengerusi FMLLP nanti akan dibantu oleh blue print yang disediakan La Liga untuk tempoh 50 tahun."


Share on Google Plus

Tentang ObsesBola

Ex Gilfriend Christiano Ronaldo, sedang berusaha memenangi hati Gareth Bale, bukan kerabat Paris Hilton, penulis bertauliah..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment